Friday, December 24, 2010

Batu Bersurat Terengganu - Bukti Terengganu Mencipta Jawi | باتو برسورت ترڠڬانو - بوقتي ترڠڬانو منچيڤتا جاوي

Batu Bersurat Terengganu di Muzium Negeri Terengganu


Batu Bersurat Terengganu sememangnya masyhur dan dikenali sebagai salah satu tinggalan sejarah yang penting. Namun, batu ini bukanlah semata-mata tinggalan sejarah, malahan ia sebagai bukti bahawa Terengganu merupakan negeri yang pertama melaksanakan undang-undang Islam di Tanah Melayu. Melalui batu ini juga, terbukti bahawa negeri Terengganu mempunyai ketamadunan yang tinggi. 

Saturday, November 6, 2010

Tertib Imam dan Makmum | ترتيب إمام دان معموم

  1. Makruh Solat Sunat Ketika Hampir Qamat.
    • Jika imam menyuruh qamatkan solat dan juru qamat belum memulakan qamatnya, atau juka imam tidak menyuruh qamatkan solat, tetapi menurut kebiasaannya waktunya telah tiba untuk mengqamatkan solat, maka makruh bagi makmum mengambil kesempatan untuk solat sunat, menurut pendapat yang kuat. Ini kerana ketika makmum belum selesai solat sunat, kemungkinan solat akan diqamatkan dan makmum tidak sempat bertakbiratul ihram bersama imam.

Sunday, October 31, 2010

Panduan Solat Hajat | ڤندوان صلاة حاجة

  1. SOLAT SUNAT HAJAT
    • Solat Sunat Hajat adalah diantara solat sunat yang tidak disunatkan berjemaah, walau bagaimanapun tidaklah dilarang dan tidaklah makruh sekiranya dilakukan solat hajat secara berjemaah, lebih-lebih lagi didalam menggerakkan semangat kesedaran dan keinsafan kearah mengingati  Allah SWT.

Friday, October 29, 2010

Monday, October 18, 2010

Sejarah Ringkas Tok Ku Paloh | سجاره ريڠكاس توق كو ڤالوه

Tokku Paloh atau nama sebenar beliau sebenarnya adalah Sayid Abdul Rahman Bin Muhammad Al-Idrus adalah ulama kerohanian yang berkecimpung dalam bidang pentadbiran Terengganu, Beliau hidup dalam zaman pemerintahan lapan sultan bersilih ganti, dan pengaruh beliau paling kuat adalah semasa pemerintahan Sultan Zainal Abidin III, Sultan Terengganu ke-11.

Sunday, October 17, 2010

Trailer Denai Tamadun Ganu


Salam Perkenalan | سالم ڤركنالن

السلام عليكوم

Salam perkenalan dan selamat datang ke Denai Tamadun Ganu. Tujuan Denai Tamadun Ganu ini adalah untuk memelihara, mengingat dan memakmurkan tamadun dan ilmu budaya Islam Bangsa Terengganu supaya terus diamalkan sehingga akhir zaman ini.

Kami memerlukan pendapat, pertanyaan dan maklumat anda supaya boleh dikongsi bersama. Sebarang pertanyaan dan cadangan mengenai topik budaya Terengganu bolehlah diajukan kepada:


denaitamadun@gmail.com


برسام ممعموركن شريعة إسلام دان تمادون ترڠڬانو