- Makruh Solat Sunat Ketika Hampir Qamat.
- Jika imam menyuruh qamatkan solat dan juru qamat belum memulakan qamatnya, atau juka imam tidak menyuruh qamatkan solat, tetapi menurut kebiasaannya waktunya telah tiba untuk mengqamatkan solat, maka makruh bagi makmum mengambil kesempatan untuk solat sunat, menurut pendapat yang kuat. Ini kerana ketika makmum belum selesai solat sunat, kemungkinan solat akan diqamatkan dan makmum tidak sempat bertakbiratul ihram bersama imam.